Kapur barus (pokok)
Kapur barus (pokok)

Kapur barus (pokok)

Kapur barus[3] (atau hanya kapur[4]; nama saintifik: Dryobalanops aromatica) ialah tumbuhan yang terancam genting dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini adalah salah satu sumber penting kapur barus dan menjadi tarikan awal pedagang Arab datang ke Borneo lantaran nilainya pada ketika itu melebihi emas, dan dapat dijadikan setanggi dan minyak wangi.[2]Ia ditemukan di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia adalah pokok timbul besar yang melebihi 65 m[2] bahkan 75 m tinggi, yang dijumpai di hutan campur dipterokarpa di tanah berpasir kuning dalam yang lembap. Ia adalah kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "Kapur". Ia dicatatkan di sekurang-kurangnya dua kawasan terlindung iaitu Taman Negara Lambir and Gunung Mulu. Bergenin, malaysianol A, laevifonol, ampelopsin E, α-viniferin, ε-viniferin dan diptoindonesin A dapat diasingkan daripada kulit batang D. aromatica.[5] Dryobalanops aromatica adalah satu daripada beberapa spesies pokok yang terkenal mempamerkan kelakuan yang dipanggil keseganan silara.

Rujukan

WikiPedia: Kapur barus (pokok) http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_1989_num_3... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21338657 http://www.chm.frim.gov.my/Resources/Publications/... http://www.chm.frim.gov.my/backup/TFSS.vol4_5_6.pd... //doi.org/10.1016%2Fj.fitote.2011.02.006 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2018-1.RLTS.T61998024A... //doi.org/10.3406%2Farch.1989.2562 https://www.trussel2.com/acd/acd-s_k.htm#31847 https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Kapur+barus+... https://www.mybis.gov.my/sp/7992